Satu hari seorang professor datang ke Semporna dan melihat keindahan lautan sekitar semporna dengan sebuah perahu kecil ( boggok ) yang dikayuh oleh seorang anak pelauh.
Di tengah-tengah lautan itu professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?” “Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si anak pelauh. “Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.” Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?” “Tidak.Mana ada bah tuan, pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”heh...heh... “Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Perahu itu terus saja bergerak. Sampai di tengah lautan. Tiba-tiba perahu ( boggok ) itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan perahu itu hampir mahu tenggelam. Si anak pelauh bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?” “Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik. “Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!” .
Apa pengajaran dari cerita ini ?: Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya
Taken from IntraUniten via Amir Hamzah B. Abdul Razak
No comments:
Post a Comment