Sunday, November 9, 2008

::Lelaki Tidak Sempurna::

Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka sehingga boleh menyebabkan mereka berasa sedih dan kecewa. Harus diingat , lelaki juga mempunyai perasaan seperti wanita. Oleh itu marilah kita berkongsi dengan wanita sekalian, apa yang kamu semua perlu tahu tentang lelaki.

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat ( prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita , wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang banyak persamaan dengannya sama ada daripada segi pemikiran atau minat. Oleh itu banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Seebab itu mereka suka melihat wanita , menjeling wanita atau mencuci mata di tepi pantai atau kolam renang.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama.
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Apabila lelaki cakap, "Emm...tengoklah dulu"..itu sering kali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki bercakap "direct to point" dalam sesuatu hal , dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah 'all boys'.
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tidak belajar kesemuanya pasal perempuan dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu , mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dengan ramai wanita , namun hakikatnya dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa , yang lain hanyalah sebagai kawan.
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan , lelaki juga merasa sedih. Cuma mereka tidak menunjukkan di hadapan orang.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100% . Jadi , perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat daripada lelaki. Mereka juga normal n punyai kelemahan.

Sumber : DARA.COM Edisi 69-Mac 08

p/s: just berkongsi bahan bacaan untuk semua lapisan umur....sama2 kita fikirkan~
p/s2 : lelaki pun bleh baca majalah dara.com =b

9 comments:

Anonymous said...

hurm...... no comment... :P

Shahmi said...

ai..ai weipin..
nie mesti terbangun pagi pastu usha2 blog...
hehe...no komen ye.....lalala

onnychubby said...

shahmi...cmne ek nk tau guy tu iklas ke x ngn kite....huhu....mntk nasihat plak =P

Anonymous said...

point ke 12 tu mcm x btul je..haha
x setuju~

Shahmi said...

@onny : hurm...mcm mane nk tau eh...agak susah juga la nk menjawab coz kena consider beberapa faktor ar...maybe onny kena buat ujian pembohongan kot...haha..gurau je...btw , kena knal btul2 baru bleh menilai seseorang.....huhu

@anonymous : hurm...x betul dari segi ape tu eh..bleh kupas dengan lebih lanjut coz sy x sure dgn apa yg saudara/i maksudkan...bg saya dgn penyataan tu...kdg2 btul n kdg2 x btul juga...ada lelaki yg paham tentang perempuan n ada juga yg x paham sgt...so , benda nie kenkadang ikut keadaan semasa...

Anonymous said...

"Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dengan ramai wanita , namun hakikatnya dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa , yang lain hanyalah sebagai kawan."

statement ni mcm x brp betul..mmg lah ikut keadaan sms,x semua org sama,tp klau keadaan mcm kat atas tu, what's the different?kata syg..tp ramai sgt perempuan lain..even "kawan2" pun,girlfriend dia mesti mkn hati..cinta lelaki itu berbagi~ huh

Shahmi said...

@anonymous : lol..tu statement ke 13 la....isk..isk...bukan ke 12...tetiba dah len plak...patut la mcm dah pelik2...
hurm , utk statement yg tu..no komen sgt...coz benda nie kan melibatkan hati n perasaan... i know that from the gurl side..mesti gf dier makan hati coz senang2 je menabur cinta bagi yang lelaki...btw , cinta tu kan memerlukan hubungan 2 hala...klau satu pihak saja...tu yg bleh jadi mcm tu......both side kena la jaga hubungan tu..kena saling bertoleransi....

no komen sgt...ini adalah pendapat dlm buku..x tau la kajian dier mcm mane...adalah secara purata lelaki bersikap mcm tu..or else...

for me..sy x setuju pun utk lelaki bersikap romeo...cukupla hanya sekadar berkawan...btul tak?

Shahmi said...

sambung lagi..kena ada trust for the relationship....

without trust...anything can happen...huhu..worst case....ended up mcm tu...

Shahmi said...

@anonymous : saudari bleh la nyatakan pendapat ye tentang statement ke 13... =b