Friday, November 21, 2008

aA+bB - Hlovate




aA + bB
Pengarang : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM 20.00
ISBN : 978-983-43217-9-6


Sinopsis :

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.





Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade. Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.


Komen saya :

Kisah yang banyak berkisar dengan kehidupan semasa di universiti dan selepas tamat belajar. Jalan cerita yang mudah untuk difahami dan menarik apabila ditambah dengan elemen-elemen suasana di luar negara. Novel yang berunsurkan cinta dan kehidupan . Cuma bila berada di tengah-tengah penceritaan , tetiba ada certain part yg tidak diceritakan dengan teliti. Saya suka je baca novel nie.

Rating saya :
**** ( sesuai untuk dijadikan koleksi , bleh tau kehidupan seorang doktor yang bz je memanjang , dan for gurl yg dah kahwin , jgn wat mcm addin....x baik.)



Sumber :

http://novelmalay.blogspot.com/2008/05/aa-bb-pengarang-hlovate-penerbit-jemari.html

No comments: