Sunday, September 21, 2008

::Harapan Ramadhan::

Raihan - Harapan Ramadhan



Klik Sini Utk Video Klip Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Hari ini ialah Ramadhan yang ke 21. Sungguh cepat sekali perjalanan kita di dunia ini.Masa yang berlalu terlalu pantas hingga kita tidak menyedari kita sudah hampir tiba ke penghujung Ramadhan yang mulia ini.

Pernahkah kita terfikir apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini?

Berapa banyak kah kita meluangkan masa untuk melakukan ibadat kepadaNYA.??

Adakah puasa yang kita lakukan sempurna dari awal terbitnya mentari sehingga terbenamnya matahari???

Pernahkah kita terfikir itu semua?????

Jika dilihat dengan aktiviti harian kita , masih terlalu banyak masa yang kita habiskan dengan perkara-perkara yg sia-sia.Mungkin itu bagi diri saya , mungkin tidak bagi pihak tuan-tuan dan puan-puan semua. Saya terfikir , berapa banyak masa yang telah saya habiskan semata-mata beribadah kepada Allah? Rasanya macam boleh dibilang dengan jari. Jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain , terlalu banyak beza masa yang telah saya gunakan untuk perkara2 len...

Saya berfikir , apakah Ramadhan akan datang bakal saya temui?
Satu persoalan yang tak mampu untuk saya pastikan jawapan nya.

Selagi kita ada hayat , selagi kita boleh laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba , insya Allah marilah kita sama2 menambah amal kita yang tak seberapa ini.
Kita tak tau berapa banyak dosa dan pahala yang telah kita usahakan sepanjang hidup kita di muka bumi yang hanya dipinjamkan sementara untuk kita.

Kalaulah kita boleh melihat "buku amalan" kita setiap awal ramadhan , nescaya ramai yang berebut-rebut menunaikan ibadah dan tanggungjawab serta bersungguh-sungguh melaksanakan segala ibadah wajib mahupun sunat.

Pastinya masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan manusia sepanjang ramadhan yang ingin menambah pahala-pahala apabila telah diberikan peluang tengok "buku amalan" .Kenapa kan?

Jawapan itu pasti ada di setiap orang.

Apepun marilah kita bersama-sama menambah amal kita di bulan Ramadhan yang hampir sampai ke penghujung.

Insya Allah.

Sebelum saya mengakhiri kalam saya , saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Menyambut Aidil Fitri.

Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak , dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya ada terkasar bahasa , halalkan makan minum , perbuatan dan sebagainya kerana saya sebagai seorang hamba yang tidak sempurna ini kerap kali melakukan kesilapan secara tidak sedar.

p/s: Saya nak tujukan lagu di atas khas kepada semua muslimin dan muslimat serta kawan2 saya semua ok....take care n jgn men mercun...lalalala =)

No comments: