10/9/08 is our AGM,which is PRS's AGM...
My last moment with my board...
At last , i'm off my duty...
Sorry again for da mistake that i did during my session till last nite of AGM.
I don't know how to describe bout the AGM..let the past be the past...
Just wanna quote back my "AMANAT" to new board :
"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyampaikan amanat saya kepada barisan pimpinan PRS yang baru iaitu sesi 0809. Amanah saya ringkas dan padat.
Amanah saya adalah diharap pimpinan baru PRS 0809 akan sentiasa menjaga nama baik Universiti,menjaga nama baik persatuan Pembimbing Rakan Sebaya,menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan serta sentiasa merealisasikan objektif PRS yang kita boleh lihat di dalam buku program AGM ini.
Bila kita sudah berada di pucuk pimpinan di dalam sesebuah organisasi , bukanlah satu kelebihan yang kita perolehi.Sebaliknya ianya merupakan sebuah amanah,kepercayaan,tanggungjawab yang diberikan oleh ahli-ahli yang berada dalam dewan ini kepada pucuk pimpinan yang dilantik.
Semakin tinggi amanah,kepercayaan yang diberi , semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul.
Jagalah tanggungjawab yang diberi ini sebaik-baiknya seperti mana anda semua menjaga amanah yang diberi oleh ibu bapa untuk berada di sini.
Dengan ini , secara rasminya saya membubarkan barisan pimpinan PRS sesi 0708.
Sekian, wassalam."
Dengan ucapan terakhir saya sebagai Presiden PRS 0708 , saya harap agar amanah yang dipikul oleh barisan kepimpinan baru dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada KP AGM Ke-9 , Saudari Mashitah Bt Haris dan barisan urusetia kerana berjaya melaksanakan AGM Ke-9.
Sekali lagi saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yang terlibat mahupun yang tak terlibat dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada PRS yang tak terhingga semasa pimpinan saya sebagai Presiden PRS 0708.
Saya hanyalah manusia yang kerdil,yang diberi akal untuk berfikir sebaik-baiknya dalam menjalankan amanah yang diberi.Sebagai manusia yang kurang sempurna , kelemahan dalam diri pasti ada.Sekali lagi saya memohon ribuan ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa,perbuatan dan sebagainya sepanjang saya berkhidmat.
Terima kasih tak terhingga kepada barisan exco 0708 yang setia untuk membantu saya selama ini. Terima kasih tak terhingga kepada saudari Mashitah dan saudari Weipin yang menjadi tulang belakang saya.Saya tak mampu membalas jasa-jasa anda dengan kata-kata mahupun wang ringgit.Ingatlah , pengalaman suka-duka,pahit manis yang kita lalui bersama tidak dapat dicari ganti sampai ke akhir hayat. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa-jasa anda semua.
Best Wishes,
Mohd Shahmi Bin Abdul Majid
Presiden PRS 0708
Universiti Tenaga Nasional
~1.55am , 12 September 2008~
No comments:
Post a Comment