Gaza terus dibedil
|
|
Zionis terus membedil Gaza dengan ‘azam’ untuk memastikan tiada lagi serangan roket oleh Hamas ke atas wilayah Israel. Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang.
Tentera Washington buka tender sewa kapal dagang untuk hantar 3,000 tan peluru ke Israel.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kecewa dengan kedegilan Israel dalam melaksanakan gencatan senjata.
Perdana Menteri Israel Ehud Olmert maklumkan negara Yahudi itu ‘tidak pernah setuju dengan campur tangan luar’ merujuk kepada Majlis Keselamatan.
Sumber : Utusan Malaysia ( 11 Januari 2009 / 14 Muharam 1430 )
-----------------------------------------------------------------------------
Salam semua.
Hari demi hari , orang-orang Islam di Palestin menjadi mangsa kekejaman Israel dengan bedilan-bedilan roket.Ditambah pula dengan sekutu utamanya , Amerika Syarikat yang hanya membiarkan Israel jahanam itu terus berleluasa dengan tindak tanduk yang tidak berperi kemanusiaan. PBB hanya berdiam diri , ibarat patung tak bernyawa.Bukankah ini sudah mencabuli hak-hak asasi manusia??? Bukankah ini yang selalu diperjuangkan oleh mereka2(PBB & Amerika) apabila negara lain mencabuli atau menindas rakyat-rakyat mereka atau yang seumpama dengan itu.
Apabila ianya "ISRAEL" atau yang seantero dengan nya , hak2 asasi manusia atau dasar2 yang berkaitan dengannya seolah2 tidak wujud. Inilah yahudi2 yang pandai bermain dengan kata-kata , memanipulasikan keadaan sehingga kita sebagai umat Islam hanya mampu melihat saudara-saudara kita di Palestin menjadi mangsa kekejaman yahudi. Ibarat kita hanyalah seolah-olah semut yang kecil yang boleh dipijak bila-bila masa sahaja oleh mereka, walhal pada satu masa dahulu , Orang Islam menguasai segala-galanya.
Cuba kita bayangkan berapa ramai orang-orang Islam di Malaysia ini peka dengan perkara ini.
Pernahkah kita ambil tahu , atau buat-buat tak endah dengan kekejaman Israel?
Pernah kita terfikir yang suatu masa nanti , mungkin kita mengalami nasib yang sama seperti saudara-saudara kita di Palestin?
Andai kata bukan peperangan,penindasan yang kita akan dapat.Mungkin di negara kita sendiri andai kata kita alpa dengan hidup yang sementara ini.
Sama-samalah kita bersatu sebagai orang Islam dan jangan lupa untuk berdoa supaya diperolehi kesejahteraan dan keselamatan dalam kehidupan,baik diri kita,keluarga,masyarakat,negara dan orang-orang Islam yang lain.
Semoga kita diberikan kemenangan oleh Allah.Insya Allah.
p/s : PBB hanya boleh kecewa je ke?apekes
No comments:
Post a Comment